Tuesday, December 9, 2008

peristiwaSEDIHdiAIDILADHA

terlebih dahulu, aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha/haji/korban kepada semua. maaf kerana wish lewat sehari. jariku tidak mampu menekan keyboard pada hari semalam.

mesti kamu semua tertanya-tanya kenapa..

kamu pernah dengar peribahasa "senjata makan tuan"? itulah yang terjadi pada aku. jari telunjuk tangan kiriku menjadi mangsa kerakusan dan kekejaman aku melapah daging korban dengan pisau pemotong daging sebenar yang sering digunapakai oleh penjual-penjual daging di pasar.

tapi mengapa jari telunjuk? mungkin kerana aku lebih kerap menggunakan jari ini berbanding jari tengahku. percayalah, aku tak pandai menipu.

aku rasakan tak perlu untuk aku menunjukkan gambar keadaan jariku itu. aku bimbang kamu semua tidak akan membaca blog aku lagi selagi post ini masih ada. cukuplah untuk aku katakan yang ianya amat sakit lagi memedihkan.

No comments: