Thursday, December 25, 2008

selamatHARInatal

bagi memenuhi cuti hari krismas, aku telah membuat lawatan sambil belajar ke zoo melaka bersama-sama adikku..

lawatan sambil belajar?

yup, kerana pada hari ini aku sudah pandai untuk membezakan antara memerang dan landak. terima kasih zoo melaka..

Wednesday, December 24, 2008

twentyFOURTHofDECEMBERnineteenNINETYthree

bulan 12 memang bulan di mana kami sekeluarga akan makan kek birthday dengan banyak. paling kurang pun 3 biji. kadang-kadang kami merasa mual kerana terlalu banyak makan kek walaupun kesemuanya adalah produk secret recipe.

happy birthday girl. semoga panjang umur dan berjaya pada masa hadapan.

macam tipikal je ayat tu. lantak la..



p/s : bagi mengelakkan pembaziran, setiap kek yang dibeli dari secret recipe adalah digalakkan dalam bentuk slices.

Monday, December 22, 2008

akuCURIGA

pernahkah kamu semua menonton cerita ini;

"the last man on planet earth"

baru-baru ini, aku menonton cerita ini di channel 412..cinemax. apabila terbaca tajuk ceritanya, aku terbayangkan seorang lelaki dikelilingi dan digilai oleh wanita-wanita. wah, seronoknya...

rupa-rupanya, tanggapan aku meleset sama sekali. ia menceritakan seorang laki yang diklon setelah semua laki-laki lain telah dipupuskan melalui suatu konspirasi kaum wanita sejak dahulu lagi.

cuba bayangkan, semua yang tinggal di dunia ini hanyalah wanita semata-mata. merekalah yang menjadi polis dan tentera bagi menghapuskan kaum lelaki yang masih wujud di muka bumi ini. bagi mereka lelaki adalah seumpama haiwan buas yang perlu dimusnahkan.

menakutkan bukan?

betul ke ada konspirasi macam tu? baik tanya mak/adik perempuan/ kakak/ mak sedara/ nenek/ kawan perempuan kamu sendiri..

risau gak aku..

Sunday, December 21, 2008

bilaPERUTpandaiMENGIDAM

aku suka makan keropok;



dan;



kalau singgah 7 eleven atau mana-mana mini mart, bila nampak keropok-keropok ni, ingat-ingat la kat aku. bukan mahal sangat pun..

Friday, December 19, 2008

cintaSEJATI

babyGIRL : syg, do you love me?

babyBOY : i love you so much..i sanggup wat ape saje demi u..

babyGIRL : u sanggup wat apa saje demi i? btol ke ni syg?

babyBOY : ye, apa saje.. i nak u bahagia..

babyGIRL : kalau camtu, leh x u berambus dari idup i.. sebab i dah ade orang lain.. i bahagia dengan die..

babyBOY : !@#$%^&*()_

Wednesday, December 17, 2008

seventeenthOFdecemberNINETEENfiftyEIGHT

happy 50th birthday, mum..

you're the greatest mum in the world..

i love you so much..







p/s: in conjunction with your 50th birthday, i promise to try my best to find a good daughter-in-law for you..

Tuesday, December 16, 2008

rumahkuSYURGAKU

cuba anda bayangkan kehidupan dengan memakan masakan ibu sekenyang-kenyangnya tanpa perlu membayar sesen pun..

tidur lebih 12 jam sehari tanpa perlu memikirkan kelas dan assignment yang perlu dibuat..

menonton pelbagai channel di astro dengan seronok sambil berbaring di sofa empuk di living room..

dan bermain play station 2 dengan riang dan boleh dimain berulang-ulang tanpa perlu menunggu queue..


home sweet home...

Sunday, December 14, 2008

sometimes,YOU'LLwalkALONE

liverpool versus hull city.....

0-1.....

0-2.....

1-2.....

2-2.....

final whistle.. 2-2
overall performance.....

Friday, December 12, 2008

i'mLOVIN'it

perut aku lapar..

tapi, aku tak mahu makan makanan mamak lagi..

sungguh memuakkan..

kedai masak melayu banyak tutup..

masih bercuti raya haji..

kalau yang buka pun, aku tak jumpa tempat duduk..

penuh sangat-sangat..

kalau tunggu mahu 2 jam baru dapat makan..

kebuntuan melanda..

perut kelaparan yang teramat..

dalam samar-samar aku terlihat satu sinar kekuningan dari jauh..

aku yakin ia memanggil aku untuk ke arahnya..

aku pasti dengan pilihanku ini..

aku tiba dengan harapan yang tinggi..

"bagi saya set quarter pounder. large ye"

makanan dihidangkan..

hanya mengambil masa beberapa saat..

sungguh cepat..

aku gembira..

perkhidmatan yang cepat dan laju..

kewangan aku berkurangan dengan cepat dan laju juga..

terima kasih mcD, i'm lovin' it

sekian..

kosong

.


















.

Thursday, December 11, 2008

akuDANkau

aku..

jahat, teruk..


kau..

baik, bagus..


kita..

jahat, baik, teruk, bagus..


kami..

gembira =)

Wednesday, December 10, 2008

whatMAKESaMALAYSIANtrulyMALAYSIAN

here is something to laugh about. i already read it on so many blogs. i don't know whose the original copy.

1. You can name all the players from the the English Premier League, but ask you to name one football player from Malaysia , one name also cannot come out.


2. When StreamyX come, you complain StreamyX too slow. When Maxis Broadband come, you complain Maxis Broadband always disconnects. When WiMax come, you complain Wimax too expensive. In the end, you say StreamyX still the best lah.

3. When toll price increase, you complain. When petrol price increase, you complain. When you go Starbucks buy RM10 coffee, NO COMPLAINTS.

4. When you cannot find parking in a shopping mall and have to walk very far, you complain. When you go inside the shopping mall and there's SALE, run from one end of 1Utama to the other also NO COMPLAINTS.

5. You are always late. And the excuse you give when you're late is always either: (a) traffic jam (b) no transport or (c) cannot find parking.

6. You have a parent who force you to take science stream in high school, study engineering in Uni, then when you graduate, they ask you to forget everything you learnt in Uni and do commerce.

7. You know someone who can specially develop an angmoh accent when speaking to a American / British / Australian.

8. You complain against the government in kopitiam, you talk loud loud. Leave anonymous comments on blogs, you also talk loud loud. Attend ceremah by DAP, you shout loud loud. Then when Opposition organise a protest and ask you to go, you dun wan. Scared later kena tangkap by ISA.

9. Every year on the 30th April, you are one of the people below queueing up last minute to submit your tax return at the IRB.

10. When you pay RM10 for something that costs RM1, you blame the Chinese.

11. When a government service is too slow, you blame the Malays.

12. When a building is not good and collapsed, you blame the Indians.

13. When a Chinese student won a scholarship, you say 'Wah! Very clever hor?'

14. When a Malay student won a scholarship, you say 'Aiya! Of course lah! He Malay mah!'

15. When an angmoh stranger kiss you on the cheek to say hello, you very happy. When a Malaysian guy kiss you on the cheek to say hello, you slap him.

after all, malaysia is very unique country rite...

Tuesday, December 9, 2008

peristiwaSEDIHdiAIDILADHA

terlebih dahulu, aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha/haji/korban kepada semua. maaf kerana wish lewat sehari. jariku tidak mampu menekan keyboard pada hari semalam.

mesti kamu semua tertanya-tanya kenapa..

kamu pernah dengar peribahasa "senjata makan tuan"? itulah yang terjadi pada aku. jari telunjuk tangan kiriku menjadi mangsa kerakusan dan kekejaman aku melapah daging korban dengan pisau pemotong daging sebenar yang sering digunapakai oleh penjual-penjual daging di pasar.

tapi mengapa jari telunjuk? mungkin kerana aku lebih kerap menggunakan jari ini berbanding jari tengahku. percayalah, aku tak pandai menipu.

aku rasakan tak perlu untuk aku menunjukkan gambar keadaan jariku itu. aku bimbang kamu semua tidak akan membaca blog aku lagi selagi post ini masih ada. cukuplah untuk aku katakan yang ianya amat sakit lagi memedihkan.

Sunday, December 7, 2008

penipuanTEKNOLOGI

aku gemar bermain playstation sama ada bersama rakan-rakan mahupun bersama adik beradikku.

sekiranya bermain bersama rakan-rakan, sudah pasti kami akan bermain game Pro Evolution Soccer ataupun Winning Eleven. ya, game bola sepak yang amat mengujakan ditambah dengan kepelbagaian taktik dan strategi yang boleh digunapakai untuk menewaskan lawan.

namun, disebalik kehebatan itu semua aku masih kerap kali kalah. dan alasan aku untuk setiap kekalahan adalah 'penipuan teknologi'.

kamu semua pasti mahu tahu apa itu penipuan teknologi. bagi aku penipuan teknologi adalah perkara-perkara yang tidak pernah wujud pada dunia realiti tetapi wujud di dunia playstation. contohnya:
  • micheal ballack dan frank lampard mampu menyepak masuk gol dari garisan tengah padang.
  • wayne rooney mampu melanggar sesiapa sahaja tanpa dirinya jatuh dan membuat rembatan gol pada kelajuan yang tidak masuk akal.
  • sekencang mana pun sesuatu rembatan itu, peter cech mampu menahannya.
  • cristiano ronaldo pandai mengelak terjahan-terjahan terhadapnya dan tidak berlakon seperti pada dunia realiti.
  • andriy shevchenko merupakan pemain yang paling hebat dari semua aspek sama ada lariannya mahupun rembatannya.
setakat ini penipuan teknologi ini hanya dapat aku kesan terhadap pemain-pemain pasukan manchester united dan chelsea kerana aku sering kalah kepada pasukan-pasukan ini. tidak terdapat pemain-pemain liverpool yang terlibat dengan penipuan teknologi ini. jangan risau, aku sudah double check mengenainya.

Saturday, December 6, 2008

kemahiranBERFIKIRsecaraKRITISdanKREATIF

kamu semua mahu tahu apa yang sedang aku fikirkan sekarang ini?

kamu semua pasti kamu mahu tahu mengenainya?

sebolehnya aku tak mahu memberitahu kamu semua

ianya amat sulit lagi menyulitkan, sukar difahami dengan kata-kata

mungkin melalui gambar, ia mampu membantu kalian semua..

jadi, sudahkah kamu semua bersedia untuk mengetahui perkara itu?

sekiranya sudah, nah!! tengok sendiri...



agak-agak james bond ada gadget ni tak?

Thursday, December 4, 2008

whyLADIESshouldUSEtheBUS

watch the videos below. i think you'll agree with me..


1st situation



2nd situation

Wednesday, December 3, 2008

thirdOFdecemberNINETEENeigthySEVEN

for the 1st time, i am writing a post to wish happy birthday to someone..

someone who always bring joy and happiness to our family..

someone who always being my joke victim at home..

someone who always control her anger when i disturb her..

someone who always don't care what people say about her..

someone who owns a name of Nur Fadilah binti Abd Rahim..

"happy 21st birthday achik"

Monday, December 1, 2008

dejaVU

aku bersama-sama dengan 2 orang rakan, kawan A dan kawan B dalam perjalanan untuk menghantar kawan B pulang ke kolej kediamannya.

ketika melalui suatu kawasan, aku dapat merasakan sesuatu. seolah-olah aku pernah berada di situ suatu ketika dahulu.

"weh, aku rase aku pernah sampai sini la. rase mcm deja vu je", kataku kepada rakan-rakan sambil jariku menunjukkan arah ke suatu bangunan

kedua-dua rakanku menoleh menuruti jari telunjuk aku dan kemudiannya mereka terdiam seketika.

setelah beberapa saat kawan A memandang aku dengan muka serius lalu bertanya,"ko ni dah brape lame tak datang fakulti?"