aku gemar bermain playstation sama ada bersama rakan-rakan mahupun bersama adik beradikku.
sekiranya bermain bersama rakan-rakan, sudah pasti kami akan bermain game Pro Evolution Soccer ataupun Winning Eleven. ya, game bola sepak yang amat mengujakan ditambah dengan kepelbagaian taktik dan strategi yang boleh digunapakai untuk menewaskan lawan.
namun, disebalik kehebatan itu semua aku masih kerap kali kalah. dan alasan aku untuk setiap kekalahan adalah 'penipuan teknologi'.
kamu semua pasti mahu tahu apa itu penipuan teknologi. bagi aku penipuan teknologi adalah perkara-perkara yang tidak pernah wujud pada dunia realiti tetapi wujud di dunia playstation. contohnya:

- micheal ballack dan frank lampard mampu menyepak masuk gol dari garisan tengah padang.
- wayne rooney mampu melanggar sesiapa sahaja tanpa dirinya jatuh dan membuat rembatan gol pada kelajuan yang tidak masuk akal.
- sekencang mana pun sesuatu rembatan itu, peter cech mampu menahannya.
- cristiano ronaldo pandai mengelak terjahan-terjahan terhadapnya dan tidak berlakon seperti pada dunia realiti.
- andriy shevchenko merupakan pemain yang paling hebat dari semua aspek sama ada lariannya mahupun rembatannya.
setakat ini penipuan teknologi ini hanya dapat aku kesan terhadap pemain-pemain pasukan manchester united dan chelsea kerana aku sering kalah kepada pasukan-pasukan ini. tidak terdapat pemain-pemain liverpool yang terlibat dengan penipuan teknologi ini. jangan risau, aku sudah double check mengenainya.
No comments:
Post a Comment