Saturday, November 29, 2008

tentangSESEORANG

5 perkara yang kau perlu tahu pasal aku...
  1. aku adalah aku
  2. aku bukan kau
  3. aku bukan dia
  4. aku bukan mereka
  5. sekali lagi, aku adalah aku
terima kasih..



maaf sekiranya entri ini terlalu bodoh dan kurang menarik. aku mahu menaip tetapi tiada idea bernas untuk dipaparkan..

Tuesday, November 25, 2008

samaTAPItakSERUPA













"why my clone looks so different?"

Monday, November 24, 2008

duniaHITAMputihKU

aku merasakan terdapat sesuatu kekurangan..

sesuatu yang tak cukup..

sesuatu yang membezakan aku dengan orang lain..

puas aku fikir, akhirnya aku tahu.. lihat gambar di bawah;


mesti anda tertanya-tanya mengapa aku letak gambar di atas..

siapakah dia? mengapa dia begitu cantik? apa kaitan dia dengan aku?

ah, itu semua tak penting..

yang penting aku tidak lagi merasa kekurangan.. kerana secara rasminya blog aku sudah mempunyai post yang bergambar..

dan yang lebih penting sekali, gambar itu hitam putih..

Saturday, November 22, 2008

tiadaTAJUK

untuk entri kali ini, aku ingin berkongsi dua kejadian yang dialami baru-baru ini;

kisah satu: semalam merupakan hari jumaat. saidul ayyam. namun, disebabkan terlalu sibuk dan alpa dengan presentation design dan segala macam perkara berkaitan, aku terlupa hari itu hari jumaat. dan semestinya aku terlupa tentang solat jumaat. tetapi, aku telah tersedar apabila seorang groupmate aku berbangsa cina, lim (bukan nama sebenar) menegur aku;

lim : "hey, its oredi 1.15pm. u x sembahyang ke?"

aku : "its okey, nanti bile dah siap compile report ni i pegi la sembahyang"

lim : "my part mybe siap at 3.00 pm la. sempat ke u nak pergi sembahyang"

aku : "sempat je. zohor is until 4.15 pm"

lim : "r u sure? why i slalu tengok pukul 2.00pm itu orang ramai sudah keluar masjid"

aku : "hah, oh my god. i forgot today is friday. thank you for remind me. i pergi masjid dlu"

kisah dua: siang tadi, aku berada di dalam sebuah kedai CD bersama-sama seorang kawan, bal (bukan nama sebenar). kami sedang berbincang-bincang pasal band "tokyo hotel" tanpa menyedari seorang jurujual berbangsa cina sedang mendengar perbualan kami;

aku : "bro, ape name band yang ko cakap tadi?"

bal : "tokyo hotel, band russia kot"

aku : "tak pernah dengar pun aku. famous ke?"

bal : "ntahla, tapi lagu2 die best siot"

aku : "ade tak CD band 2 kat kedai ni?"

bal : "tu la, x jumpe pun. kedai besar camni pun xde jual. C!%#& btolla (mencarut dengan nada yang sedikit tinggi)"

jurujual : "hey, u tak baik tau sebut itu perkataan C!%#&.tak elok pnye perkataan tau. berdosa"


kesimpulan :konsep islam hadhari dapat diterima oleh semua kaum. mesti pak lah tersenyum gembira

Friday, November 21, 2008

hujungMINGGUyangMENGGEMBIRAKAN

setelah melepaskan beberapa kali hari hujung minggu dengan kesibukan yang terlampau, hujung minggu yang bakal menjelma esok akan aku gunakan dengan aktiviti-aktiviti yang penuh berfaedah dan menyeronokkan. berikut adalah tentative yang telah aku rancang;

2.30 pagi : masuk tidur

7.34 pagi : tidur

9.56 pagi : tidur

12.12 tengahari : masih tidur

3.27 petang : tersedar. tengok jam. sambung tidur

6.38 petang : masih tidur

8.34 malam : masih lagi tidur

10.00 malam : bangun. tengok jam. buat-buat muka terkejut sebab dah pukul 10 malam


apa macam, seronok tak?

Thursday, November 20, 2008

akuMELAYUsejati

8.16 pagi : tengah tidur

8.17 pagi : dapat call dari staf unit sukan, fizi (nama glamour);

fizi : "weh, ko dah abes exam ke?"

aku : "dah, kenape?
fizi : "meh datang stadium jap, nak bincang pasal ragbi"
aku : "ok2, kol bape?"

fizi : "kol 9.00 pagi"

aku : "orait"


8.18 pagi : tidur semula

8.54 pagi : masih tidur

9.07 pagi : bangun tidur. mengeliat

9.11 pagi : main internet

9.18 pagi : dapat mesej dari fizi;

fizi : "mane ko ni? tak bangun tidur lagi ke?"
aku : "jap, tgh panaskan enjin kereta"


9.32 pagi : mandi

9.46 pagi : bersiap-siap

9.51 pagi : panaskan enjin kereta. dapat call dari fizi;

fizi : "apehal lambat sangat ni? dah dekat sejam aku tunggu ni.."
aku : "jap aku dah otw, ko dengar bunyi enjin kerete ni ha"


9.55 pagi : mulakan perjalanan. memandu kereta dengan agak laju

9.57 pagi : berjaya tiba di stadium dengan selamat.

9.59 pagi : bertemu dengan fizi dengan senyuman melebar tanpa rasa bersalah.






p/s : jarak stadium dengan bilik hanya 400 meter sahaja

Wednesday, November 19, 2008

independenceDAY

After almost three weeks of cramming my brain with notes, facts, formulas, and equations, so today i'm officially a free man. the penyeksaan (or what you people would call it your final exam) is finally over!

Here is the the feedback of the papers that I have done:

engineering management : tembak saja...
geotechnic : cannot go la...
traffic : nice prediction.. thanks god..
water supply : "dr, are you sure I need to answer all questions?"


conclusion : i hate exam..

Monday, November 17, 2008

preMATURITY

my mum always say that i was the naughtiest among my siblings during my pre-maturity time.

am i that bad? hurmmmm....

as far as i concerned, what i did was only:
  1. stealing RM 10.00 from my mum's purse to buy 'dash yankuro' car. and then suddenly kantoi red handed.
  2. peeping my sister while she is taking her bath. that time i was wondering what made the difference between male and female.
  3. playing with kerosene until i burned my own hand.
  4. howled with pain after being stung by hornet on the day my late grandfather die
so now, do you still agree with my mum?



p/s: please don't show this post to my mum. otherwise, i'm totally sure she can easily add up the lists to even it become 10..

kenduriKAHWIN

semalam, aku telah diajak oleh seorang teman, khairul (nama sebenar) untuk ke suatu majlis kenduri kahwin di Banting..

khairul: "bro, ko free x? jom g Banting. kawan aku kahwin"

aku : "jap, kasi aku fikir dulu"

khairul: "kalo ko tak nak pegi aku nak pinjam kete ko pegi sane"

aku : "okey, aku on"

khairul: "btol ni? aku tak nak menyusahkan ko"

aku : "yer, btolla"


sebenarnya, bila khairul mengajak aku pergi ke majlis kahwin, terdapat 2 perkara yang bermain di kotak pemikiranku:

  1. nasi beriani. aku memang gemar makan nasi beriani. kalo ade lauk kambing+daging+ayam masak merah lagi masyuk.
  2. perempuan-perempuan yang ayu berbaju kurung selain dari hari raya. kalau yang pakai kebaya yang transparent tu, lagi la mendapat priorities di mata aku.

namun, segala impian aku musnah setibanya aku di sana. tiada nasi beriani. ye, majlis kenduri kahwin tidak menghidangkan nasi beriani kepada tetamu sebaliknya menghidangkan nasi putih dengan lauk pauk. macam makan lunch. aku rasa pelik. tapi khairul macam buat biasa je.

aku "bro, nape tak de nasi beriani?"

khairul : "owh, lupa lak nak bagitau. kawan aku ni orang jawa. org jawa mmg x hidang nasi beriani"

aku : "mak aku pun org jawa. bila kat kampung ade kenduri kahwin still makan nasi beriani"

khairul : "yeke?"

aku : "yela"

kekecewaan aku ditambah pula dengan bilangan gadis-gadis comel berbaju kurung/kebaya yang amat sedikit. skop pemilihan yang agak terhad.

"huh", mengeluh aku sendirian.

"AKU TAK NAK PERGI KENDURI KAHWIN ORANG-ORANG BANTING LAGI" jeritku dalam hati.




Saturday, November 15, 2008

madagascar,ESCAPEtoAFRICA

ini adalah komen-komen sekumpulan penonton sejurus sahaja keluar dari panggung wayang..

udin : "lawak gile"

dian : "kita ketawa kuat gile td"

ida : "best siot"

muh : "tak rugi 10 ringgit"

aki : "hahaha" (ketawa style die)

aku : "nape sekejap sangat cite die abes?"

wordOFtheDAY

perkataan hari ini: tikam tekak

perkataan hari-hari sebelum hari ini: tikam lidah

maksudnya: bergaduh mulut, saling berbalas-balas cakap

contoh ayat 1:
"tak payah la kau nak bertikam tekak dengan dia..nanti mesti kau yang kena bahan", ujar ali kepada abu..

contoh ayat 2:
orang yang bertikam tekak adalah umpama anjing dan kucing



www.kamusBAHANorang.com

Thursday, November 13, 2008

riakWAJAH

apabila anda diberi peluang untuk membawa nota ke dalam dewan peperiksaan secara halal,

dan anda masih tidak mampu menjawab soalan-soalan yang diberikan setelah letih bersengkang mata sepanjang malam menyalin nota ke dalam sekeping kertas A4,

ditambah pula dengan kekalahan pasukan kesayangan liverpool ke tangan totenham hotspurs,

itu sudah cukup untuk mengetatkan muka anda sepanjang hari tanpa perlu menggunakan botox..

Wednesday, November 12, 2008

rotiCANAIandTEHtarik

finally, there's something on the headlines that made me smile.

"cheaper 'roti'"
"cheaper nasi kandar"
"teh tarik and roti canai prices also down"

it seem to be a very very good news for those love eating like me.

so... mcD, burger king, and carl's jr, when will be your turn?

Tuesday, November 11, 2008

akuBERSALAH

maaf kerana aku selalu membuatkan kau marah..

maaf kerana aku selalu membuatkan kau risau..

maaf kerana aku selalu membuatkan kau geram..

maaf kerana aku selalu membuatkan kau sedih..

maaf kerana aku selalu membuatkan kau kecewa..

maaf kerana aku selalu membuatkan kau penat..

maaf kerana aku selalu membuatkan kau susah..



maaf, aku tak boleh hidup tanpa kau..

Monday, November 10, 2008

theUNSHININGstar

i love reading newspaper.

this morning, i was reading "The Star" when i realized the 1st 10 pages of the newspaper were highlighting about one thing:

"three for UMNO no. 2"
"UMNO to act against members who disrupted meeting"
"rais and jj qualify for UMNO veep contest"
"hero's welcome for for suspended Bukit Bendera UMNO chief"

now i know why the newspaper's theme is red...

ok, next time i read "harakah" or "suara keadilan". baru fair...

Sunday, November 9, 2008

suatuPENCAPAIAN

aku hanya makan sekali je hari ni

aku tak mati pun

what an achievement?

berlagak!! esok boleh buat lagi ke?

thesisOHthesis

seronok bila aku tengok ramai kawan-kawan aku yang dah berjaya dalam kerjaya.

dah pakai kereta besar. tapi appearance still macam orang papa kerdana. still ingat kawan-kawan yang masih terkial-kial nak hidup macam aku ni.

bangga aku dapat berkenalan dengan orang yang macam ni.

bila lah aku nak jadi macam dia? 10 ke 20 tahun pun belum tentu lagi.mengimpikan masa depan yang cemerlang.

mimpi je boleh la.

tesis pun sangkut-sangkut lagi.

dulu, selalu je aku cakap dalam hati "takpe, lambat lagi nak submit". tak pun "rileksla, awal lagi ni, nak enjoy dulu. minggu depan baru all out"

haha..

sekarang pula aku cakap "menyesal aku tak start awal-awal". telan balik kata-kata yang dah lepas.

hah, padan muka. bila lah nak berubah?

"minggu depan la"

Saturday, November 8, 2008

sabtuYANGbuntu

untuk ketika ini baru je masuk beberapa minit hari sabtu. ye, hari sabtu. hari yang sentiasa menjadi penantian kebanyakan warga negara Malaysia.

selalunya, hari sabtu menjadi pilihan orang ramai untuk buat macam-macam benda.

ada orang yang nak buat kenduri kahwin...
ada orang nak bawa anak-anak pegi jalan-jalan...
ada orang nak pegi dating dengan orang tersayang...
ada orang nak merayau-rayau dengan kawan-kawan...

biasanya, hari sabtu la yang menjadi hari untuk orang lepas tension. tapi, hari ni aku tak rasa macam tu. macam makin tension je.

jadi, lain kali jangan buat kerja last-last minute ye..

erm..takpe la, esok hari ahad pula. (mengeluh)...

Friday, November 7, 2008

theQUANTUMofSOLACE

i was one of the luckiest Malaysia citizen who get opportunity to watch the 22nd chapter of Bond on it's 1st day show. yes, bond..James Bond. this time i can show off to my friends.

unfortunately, the movie was far from what i predicted. the chronology was almost the same with the previous chapters. sorry guys, i can only give 3 stars for its rating. casino royale was much more interesting than this one. some of the spectators were felt asleep. wasting their ten bucks. midnite show. no wonder la. hrmmm...

as for now, i am aiming for the cartoon movie "Madagascar II: escape to africa". the trailer was very attractive. please don't dismay me this time.

and for the movie of the year i still believe on "the Dark Night".

wondering who gonna be Joker for next release..

Thursday, November 6, 2008

rambutSAMAhitam,HATIsiapaTAHU

air dicincang tak mungkin kan putus. tapi bila aku fikir balik orang tak cincang air. orang pindahkan air masuk bekas lain.

kadang-kadang aku memang susah nak faham hati orang lain. walau macam mana pun aku rapat ngan seseorang, kita masih sukar untuk memahami diri dia sepenuhnya.

kalau dah sampai tak boleh nak kawal diri, boleh sampai bertumbuk, bergaduh, terjerit-jerit, and then masam muka.masing-masing ego. tak tegur sampai bila-bila.

relationship yang dah lama terbina hancur macam tu saja.

terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya