Sunday, January 18, 2009

dearFRIENDS

thanks for helping me to re-organise myself..

thanks for the financial and morale supports that all of you gave to get me away from tension and chaotic life..

kalau kita dapat tangkap si pencuri itu, aku akan pastikan kesan tapak kaki kawan-kawan semua turut berada di mukanya..

Friday, January 16, 2009

28jamYANGsungguhMEMERITKAN

sayang, saya sudah ada phone semula.. mari kita bermanja-manja..








p/s: kepada si pencuri, aku tetap doakan kau mati dipanah petir

Thursday, January 15, 2009

akuDOAKANkauMATIdipanahPETIR

bilikku sentiasa terbuka untuk semua orang. marilah singgah. kalau berkunci, bukannya susah nak buka. kamu tentu tahu bagaimana nak membukanya.

kalau dah singgah tu, takkan nak duduk diam saja? "jamah"la sikit apa yang ada kat bilik aku tu. macam-macam ada. aku ada wallet berisi wang, laptop lusuh, handphone yang baru sebulan aku pakai, koleksi kasut bersaiz 10, printer canon pixma mp 145, speaker altec lansing ATP 3, serta kunci kereta.

aku yakin kamu mesti tak larat nak ambil semua.

ambil 1 ke 2 barang pun dah cukup kan.

nanti bila nak keluar tak payahla nak kunci pintu balik. senang sikit orang lain nak masuk.

Sunday, January 11, 2009

luckyDRAW

i watched you,

you have no spirit,

you were such a loser,

you failed again this time,

frustrated,

!@#$%^



liverpool vs stoke city : 0-0

Wednesday, January 7, 2009

signalSTRENGTH:veryLOW

maaf,

agak lama tidak paparkan entri baru di blog ini. aku bukan malas mahu menulis. tapi tak terdaya. wifi di kolej aku sungguh mencelakakan. hampir seminggu ia menghilang.

bila dah ada, lembap gila. selalu disconnect je. saja je nak buat aku mengamuk.

agak-agak kamu semua, berapa lama untuk aku siapkan entri pendek ini dengan keadaan wifi yang macam chipsmore, kejap ada kejap tak ada?

percayalah, ianya lebih lama daripada membaca sebuah komik conan.

Friday, January 2, 2009

playerPRAYER

hari ini hari jumaat. seperti biasa, sebagai seorang lelaki aku perlu ke masjid untuk bersolat jumaat.

time imam baca khutbah, tak boleh nak bercakap-cakap. nabi pernah bersabda,

"barang siapa yang berkata-kata semasa khatib sedang membaca khutbah, walaupun mengingatkan orang sebelah dengan sepatah perkataan 'diam', maka hilanglah pahala jumaatnya"

memang menjadi kebiasaan bila kita nampak orang tidur masa dengar khutbah, aku pun selalu gak. standard la tu. kalau tengah terjaga mungkin kita akan bercakap-cakap. hilang pahala jumaat.

tapi aku menjadi agak musykil bila ada sorang mamat yang duduk sebelah aku rileks je main PSP time khutbah. apa hukumnya ea? dia tak bercakap-cakap kan..

Thursday, January 1, 2009

duaRIBUsembilan

selamat tahun baru dan selamat memakai seat-belt belakang..