Saturday, November 22, 2008

tiadaTAJUK

untuk entri kali ini, aku ingin berkongsi dua kejadian yang dialami baru-baru ini;

kisah satu: semalam merupakan hari jumaat. saidul ayyam. namun, disebabkan terlalu sibuk dan alpa dengan presentation design dan segala macam perkara berkaitan, aku terlupa hari itu hari jumaat. dan semestinya aku terlupa tentang solat jumaat. tetapi, aku telah tersedar apabila seorang groupmate aku berbangsa cina, lim (bukan nama sebenar) menegur aku;

lim : "hey, its oredi 1.15pm. u x sembahyang ke?"

aku : "its okey, nanti bile dah siap compile report ni i pegi la sembahyang"

lim : "my part mybe siap at 3.00 pm la. sempat ke u nak pergi sembahyang"

aku : "sempat je. zohor is until 4.15 pm"

lim : "r u sure? why i slalu tengok pukul 2.00pm itu orang ramai sudah keluar masjid"

aku : "hah, oh my god. i forgot today is friday. thank you for remind me. i pergi masjid dlu"

kisah dua: siang tadi, aku berada di dalam sebuah kedai CD bersama-sama seorang kawan, bal (bukan nama sebenar). kami sedang berbincang-bincang pasal band "tokyo hotel" tanpa menyedari seorang jurujual berbangsa cina sedang mendengar perbualan kami;

aku : "bro, ape name band yang ko cakap tadi?"

bal : "tokyo hotel, band russia kot"

aku : "tak pernah dengar pun aku. famous ke?"

bal : "ntahla, tapi lagu2 die best siot"

aku : "ade tak CD band 2 kat kedai ni?"

bal : "tu la, x jumpe pun. kedai besar camni pun xde jual. C!%#& btolla (mencarut dengan nada yang sedikit tinggi)"

jurujual : "hey, u tak baik tau sebut itu perkataan C!%#&.tak elok pnye perkataan tau. berdosa"


kesimpulan :konsep islam hadhari dapat diterima oleh semua kaum. mesti pak lah tersenyum gembira

No comments: